Apa itu Google Street View untuk perniagaan?

Google Street View merupakan teknologi terkini untuk membantu perniagaan anda berkembang. Hari ini, orang melihat syarikat dan jenama tidak seperti sebelum ini.  Ia adalah satu bentuk lawatan alam maya yang mempamerkan pelbagai tempat di seluruh dunia. Apabila menggunakannya, anda akan melihat dari setiap sudut, 360 darjah. Bagi menjaga privasi jika terdapat orang dalam virtual tour tersebut wajahnya akan dikaburkan.

Google Street View akan menunjukkan perniagaan anda sentiasa bersedia kepada orang ramai dan kelihatan lebih ‘advance’ berbanding pesaing. Orang ramai akan lebih berpengetahuan tentang perniagaan anda. Bukan sekadar melihat gambar di internet seperti sebelum ini tetapi ia seperti datang dan melawat sendiri ruang niaga anda.

Dengan teknologi hari ini, dimana telefon pintar dan tablet digunakan setiap hari oleh berjuta orang. Cara orang ramai mencari tempat yang menarik juga telah berubah. Melihat-lihat kemana harus dituju menggunakan telefon pintar atau tablet sangat mudah. Begitulah orang zaman sekarang membuat keputusan untuk pergi ke sesuatu tempat.

Lihat video dibawah ini bagi membantu anda lebih memahami.

Bagaimana foto 360º ini boleh membantu perniagaan saya?

Anda mempunyai “Virtual Tour” anda sendiri dan ini dapat membezakan perniagaan anda dengan pesaing. Anda kelihatan lebih berteknologi. Ia menunjukkan bahawa anda berusaha memberikan pengalaman kepada pelanggan sebelum mereka melangkah masuk ke dalam perniagaan anda secara teknikal. Ia juga membolehkan masyarakat tempatan menerokai keunikan jenama anda dan melihat perniagaan anda pada bila-bila masa yang mereka inginkan.

Apakah manfaat jika membuat ‘Virtual Tour’?

Virtual Tour mempunyai banyak manfaat! Antaranya ialah:

  • Daya penarik.

Perkara terpenting dalam perniagaan antaranya ialah membawa orang ke dalam ruang niaga anda… untuk mencari, menjelajah dan melihat-lihat. Dengan ini, akan mewujudkan rasa tertarik mereka dengan barangan anda dan membantu mereka membuat keputusan untuk berbelanja di tempat anda.

  • Mempertingkatkan pengunjung dalam talian.

Daripada injin carian Google Maps, Google Search dan juga akaun Google+ anda. Membolehkan pelanggan sedia atau bakal pelanggan melawat tapak pernigaan anda 24 jam sehari 365 hari setahun.

  • ‘Embed’ virtual tour anda ke dalam laman web.

Anda boleh ‘embed’ foto 360 terus kedalam laman web atau blog. Anda boleh memilih daripada point mana Virtual Tour akan bermula. Sebagai contoh, jika anda mempunyai sebuah restoran dan anda mempunyai laman web  untuk memberitahu orang tentang “private event” yang akan dilangsung nanti. Embed kan foto 360 dan set kan virtual tour anda bermula dari bilik acara itu dilangsungkan. Orang ramai akan dapat melihat-lihat dahulu ruang sekitar bilik tersebut sebelum mereka datang ke ‘private event’ anda.

  • Menghantar email pautan (links) virtual tour anda.

Ini adalah cara terbaik untuk mempamerkan ruang niaga anda kepada pelanggan. Sama seperti ‘embed’ Anda boleh menghantar pautan (link) daripada mana-mana foto 360 melalui email. Saya mengsyorkan anda ‘set’ dahulu kawasan penting dalam virtual tour kemudian barulah copy embed code tersebut. Paste embed code itu kedalam email. Dan anda telah membuat pautan (link) terus ke kawasan yang anda set tadi. Ini adalah alat yang sangat berguna terutama kepada peniaga dan jurujual.

  • Artikel dalam talian.

Apabila penerbitan dalam talian menulis artikel tentang perniagaan anda, tawarkan kod embed kepada mereka untuk dimasukkan ke dalam artikel.

Dimana virtual tour muncul dalam talian?

Virtual tour secara automatik muncul dalam Google Maps dan Google Search. Sebagai tambahan, anda boleh embed virtual tour terus ke dalam laman web atau blog dan jika ada penerbitan yang menulis artikel mengenai perniagaan anda, tawarkan kepada mereka embed kod tersebut. Anda juga boleh berkongsi embed kod melalui email atau di media sosial seperti Facebook page.

Dimana saya boleh bermula?

Jika anda sudah membaca ini, anda sudah berada di tempat yang betul. Saya ialah ‘Google Trusted Photographer’ saya akan tunjukkan caranya satu persatu. Sila hubungi saya supaya kita dapat membincangkan saiz perniagaan anda, berapa luas kawasan yang anda ingin jadikan virtual tour, dan apakah benda-benda yang penting untuk dipaparkan. Dengan maklumat ini, saya akan dapat memberikan cadangan dan sebutharga. Kemudian, apa yang perlu ialah menjadualkan tarikh mengambil gambar. Kerja-kerja selepas itu saya akan uruskan.

Lagi satu cara, anda boleh klik menu “Request Qoute”. Disitu anda perlu menjawab beberapa soalan dan tekan butang “Submit”.

Mengapa saya harus memilih Jaggat Images?

Saya ialah jurugambar yang telah disahkan oleh Google dan dilantik sebagai “Google Trusted Photographer” Saya telah berada dalam industri fotografi  selama lebih 15 tahun. Pelanggan saya pelbagai, termasuklah dari syarikat-syarikat besar, badan-badan kerajaan, kedai mamak dan kedai mekanik motosikal. Saya akan bimbing anda melalui proses memahami “Google Street View for Business” dari mula sampai habis. Saya akan bekerja sehingga anda berkata “ok, saya puas hati” kerana ia penting untuk saya terus mengembangkan perniagaan saya.

Di ruang niaga saya ini, kawasan manakah yang saya patut tunjukkan dalam virtual tour?

Membuat virtual tour perlu mengikut laluan berjalan kaki, bermula daripada pintu masuk. Perlu diingat, virtual tour ini ialah permandangan 360 darjah. Ia melihat semuanya, dari siling ke lantai. Biasanya peniaga hanya akan tunjukkan kawasan dimana pelanggan dibenarkan masuk semasa perniagaan dijalankan. Lain-lain kawasan seperti pejabat, ruang rehat, bilik air, biasanya tidak dimasukkan. Bagaimanapun sesetengah peniaga meminta untuk dimasukkan kesemuanya. Sebagai contoh, sebuah restoran memasukkan ruang dapur dan bilik air bagi menunjukkan betapa ia dijaga dengan rapi dan bersih. Sebuah kilang menunjukkan kawasan dalamannya bagi memberitahu bagaimana barangannya dibuat. Cara ini bagus atas 2 sebab:

  • Dapat menunjukkan keunikan kepada dunia melalui Google tetapi orang ramai tidak dibenarkan masuk secara realiti.
  • Anda boleh memberikan “guide tour” kepada pengujung alam maya dengan mengunakan “Add-on features” yang akan membantu pengunjung memilih kawasan untuk dilawati.

Memilih apa yang patut ditunjukkan terpulang kepada anda. Virtual Tour ini akan meletakkan anda dalam peta dunia. Jika anda tidak pasti, kita berbincang, mungkin saya dapat membantu.

Jika ada orang dalam gambar 360 saya, adakah ia dibenarkan?

Ya, ia dibenarkan. Namun kita perlu mengikut peraturan yang ditetapkan, wajah mereka perlu di pudarkan kerana alasan privasi. Saya biasanya memberitahu bahawa gambar 360 ini ialah bermaksud untuk mempamerkan ruang perniagaan, bukannya orang. Bagaimanapun, sesetengah orang tidak ada masalah dengan privasi. mereka dengan sendiri menyukai wajah mereka berada dalam gambar. Begitupun, jika terdapat orang yang sedang bergerak semasa mengambil gambar, ia tidaklah bagus. Sekiranya anda rasakan perniagaan anda memang perlukan orang dalam gambar 360, satu cadangan yang kreatif saya syorkan. Pakaikan topeng pada wajah mereka atau tutup wajah mereka dengan memegang kertas katalog perniagaan contohnya.

Contoh dari Orbit Media*

Jika bangunan saya lebih dari satu tingkat, bolehkah saya tunjukkan secara berbilang tingkat?

Ya, anda boleh tunjukan bangunan anda lebih dari satu tingkat dengan dua cara. Pertama dengan cara “Langkah Bersambung” kedua ialah “Langkah Tidak Bersambung”

Langkah Bersambung

Cara ini bermula dari hadapan pintu masuk bangunan anda, bergerak langkah demi langkah hingga ke bahagian tangga. Langkah lagi menaiki tangga hingga bahagian atas. Begitulah seterusnya hingga tingkat 2, tingkat 3 tingkat 4 dan seterusnya.

Langkah Tidak Bersambung

Cara ini tidak memerlukan anda menaiki tangga. setiap tingkat adalah berasingan, tidak bersambung. Anda boleh pergi ke tingkat atas dengan menekan nombor disebelah kanan bawah. Tetapi fungsi ini tidak ditawarkan secara terus oleh google( Buat masa ini). Anda memerlukan fungsi Add-on yang ditawarkan oleh syarikat lain. Sudah tentu ia memerlukan sidikit bayaran tambahan.